Saturday, October 15, 2011

Cintaku di Cafe #2

" Ya Allah zue... bangun lah wei.. liat betul kau nak bangun pagi.. macam mana bila kau kawin nanti hah?"

" isssshh.. pagi2 dah membebel2 kat aku.. nanti aku berubah lah bila dah kawin.. kan imran kan?"sambil tersenyum walaupun mata masih pejam...

" zulaiha! kau nak aku simbah air lagi ker baru kau nak bangun?"

"ye lah2.. aku bangun ni..." dalam keadaan yang malas aku bangun dari tidur yang enak dibuai mimpi yang indah..

" kau ni zue.. silap hari bulan boleh kena buang kerja taw tak?"

ayu ni tak henti-henti membebel lah.. dah macam nenek dah.. lepas ni aku berubah lah.. aku bangun lagi awal dari kau ayu.. tengok lah nanti.. (bisik hatiku)

********

harini aku menjalankan tugas aku sebagai pelayan di cafe D'Lagenda seperti biasa.. cuma aku harapkan yang luar biasa berlaku pada hari ni.. aku mengharapkan mamat semalam muncul lagi hari ni.. alangkah bahagianya kalau dia muncul lagi.. bertambah semangat lah aku buat kerja nanti..

tepat jam 10 pagi.. aku masih lagi menantikan ketibaan putera idamanku wahai imran.. dan tiba-tiba... satu bayang2 muncul di hadapan pintu masuk cafe.. yahoooooo....!!! (jeritku dalam hati) mamat tuh datang!! mamat tuh datang!!

aku yang dalam keadaan serabai membetulkan pakaian dan melangkah menuju ke meja yang diduduki oleh imran..

"your order sir"

"coffee please" sambil tersenyum kepadaku..

oh my god... tiba2 rasa cramp kaki aku.. rasa nak terduduk depan imran.. bahagianya rasa.. selepas menghantar pesanan ke meja imran.. aku hanya mengusha imran dari jauh.. dengan harapan imran akan stay lama2 kat cafe..

sambil tersenyum sipu seorang diri.. tiba2 muncul seorang awek yang boleh tahan muka dia.. masuk ke dalam cafe.. berjalan menuju kearah meja imran..sampai saja depan imran.. awek tersebut menyapa imran dan mereka saling senyum kearah satu sama lain... imran juga menjemput awek tersebut duduk satu meja dengan dia..

maka pada masa itu.. hati aku yang berbunga2 segar menjadi layu.. kecewanya hati masa tu.. macam2 yang bermain di fikiran aku mengenai awek tu..

**********
"aik zue.. senyap je kau malam ni? kenapa? kena sampuk?"

" tak ada apa la..."

"ye ke nih...?"

"ye lah.. dah la.. aku nak masuk tidur dulu.. aku letih lah hari ni"

"oii.. awalnya kau nak masuk tidor.. baru pukul 9.. selalu 2-3 pagi kau still tak tidor2.."

"aku letih lah..." sambil berjalan masuk kedalam bilik..

fikiran aku hanya melayang untuk memikirkan sapakah gerangan awek yang duduk semeja dengan imran tadi? teman istimewa imran ke? kawan imran ke? kusut aku memikirkannya.. tapi sepatutnya kenapa aku harus cemburu? kenapa aku perlu ambil tahu pasal imran.. bukannya aku kenal sapa imran tuh.. dia cuma lelaki yang aku jatuh hati pada pandangan pertama..

"ahhhh.. kusut lah kepala otak aku ni.. baik aku tidur dari sibuk fikirkan perkara2 yang tak berfaedah"