Wednesday, December 2, 2009

MAHU TAPI MALU

"ahhh...leganya dapat baring atas katilku yang empuk ni" ngomelku sorang2

"hoi ana!!! kau ni dari mana hah???? dah malam baru nampak batang hidung.." sapa sue yang baru perasan aku pulang.

" hehe..ko rindu kat aku ke?? alaa..aku keluar x sampai 24 jam pon, tak kan dah rindu kot??" balas ku sekadar mengusik.

"hmm, jangan nak perasan lah, tak da masa aku nak rindu kat kau..eh, ko gi mana hah??" soal sue kembali

"aku pergi library lah, cari maklumat sikit sambil2 tu aku study la..hehe..kalo study kat bilik ni, mengadap muka ko je la..hilang mood aku nak study tau!! hahahaha.. " jawabku sambil gelak

sue hanya mencebik dan buat tak endah sambil menjawab, " yelah, lepas ni tak payah tengok muka aku lagy.. huh!!"

" ada awek cun merajuk..hahaha" gelakku smbil memujuk sue..

****************************

Ana oh ana...bangun la, ko tak da kelas kew?? kalau ye pon bangun lah dah nak habis waktu subuh dah nih..

" hah??!! dah pukul berapa nih sue?? " dengan segera aku bangun mencapai tuala.

" hahahaha, releks lah kak oii, baru pukul 6.15 pagi..saja je aku cakap dah lewat, kalau tak bukan ko nak bangun kan..hehe"

selamber je minah nih, kalo aku taw bru pukul 6.15 pagi tak bangun aku tadi..bengong tol.. dah alang2 bangun ni, bangun je lah..amik tuala smbil mengesot ke toilet mandi..

lepas aku siap2, lawa2, wangi2.... sue ajak aku gi sarapan sekali..aku pon join je lah memandangkan perut pon dah berirama dan kelas ak lak mula pukul 8 pagi. tengah aku dok sedap mengunyah sandwich tuna kegemaranku. tiba-tiba sue cuit aku,

"weyh, ko tengok mamat depan tu, hensem nyer..cair aku taw x..?!"

"mana..mana..??"

"hoi! yang tercongok depan tu lah..si zakwan tu..buat2 x nampak lah pula.."

"owh..dia tu..biarlah.."

" eh, ko nih..tak ada perasaan langsung ke kat mamat tu?"

aku hanya membiarkan soalan sue dan teruskan mengunyah sandwich aku sampai habis. lepas tu aku terus berangkat ke kelas membiarkan sue berangan seorang diri. lantak kau lah sue, malas aku nak layan.

**********************
aduhai, kenapa aku tak boleh nak tumpukan perhatian nih?? habislah aku..dah lah topik penting nih...ish...nih suma salah sue, yang dia asyik cakap pasal mamat tu kenapa???? agrh...!!! menjerit aku di dalam hati..

ok..aku akui memang ada simpan perasaan kat zakwan sejak aku masuk kolej ni lagi, kali pertama aku melihat dia adalah pada hari pendaftaran aku di kolej ini dan sekarang zakwan sering menjadi igauan aku... tapi... ianya tak mungkin kerana zakwan adalah " the popular and the hot student" dalam kolej ni. Jadi aku sebagai pelajar yang orang pandang sebelah mata ni tak mungkin disukai oleh zakwan..dan mungkin dia tak pernah sedar kehadiran aku di kolej ini. Oleh itu biarlah aku simpan saja perasaan ini sendiri buat selama-lamanya. Dan semestinya, aku tak kan ceritakan pasal nih kepada sesiapa terutama sue..hish, kalau dia tahu pasal ni, habislah aku dimalukan..huhu~

"ok kelas, sampai sini saja kuliah kita....." ucapan cik aina membuat aku tersentak dari lamunan..masyaallah..aku mengelamun ke tadi?? dah abis kelas rupanya..apelah nak jadi dengan aku ni, boleh pula berangan waktu kelas, kalaulah mak aku tahu, hampa nya hati..huhu..
ampunkan ana ye mak, ana x sengaja...

************************

seperti biasa, aku akan habiskan masa aku dengan lepak di perpustakaan, sama ada mencari maklumat tambahan atau sekadar membaca bahan-bahan sampingan di sana. Sekurang-kurangnya release juga lah tension aku sepanjang hari mengadap buku di kelas. setelah aku jumpa tempat yang strategik tanpa gangguan makhluk yang lain, aku segera melangkah ke sana..

"hehe, bagus tempat ni..tak da gangguan..haha" monolog aku seorang diri..

belum sempat aku buka buku aku..tiba-tiba aku nampak segerombolan mamat ensem masuk ke dalam perpustakaan..siapa lagi kalau bukan si zakwan tu dan geng-gengnya..alahai, kenapa waktu ni jugalah korang nak muncul depan aku?? kacau betul lah...ish tak tenang hati ni...dan nampaknya terbukti apa yang aku belek, apa yang aku baca, satu pon tak terselit dalam otak ni..fikiran ku tak menentu kerana kehadiran kau..ye kau zakwan...huhu

ahhh..baik aku je yang berambus dari sini sebelum aku jadi orang tak betul..sewaktu aku elok-elok nak turun tangga, aku hampir-hampir terlanggar satu lembaga yang sedang naik tangga..aduh..abis jatuh semua buku..belum sempat aku melihat muka lembaga tu, aku tunduk kebawah untuk mengutip buku-buku yang jatuh lalu bangun dan...YA ALLAH..

"err..sori ye wak, saya tak perasan tadi" kataku kepada lembaga yang dikenali..

" eh?? ape sori2?? kau tak nampak ke aku yang punya besar ni? aku rasa baik kau pergi check mata kau tuh..kasi tambah lagi dua biji mata..." kata lembaga yang bergelar ZAKWAN... diringi gelak tawa geng-geng dia..

masa tu aku seperti rasa nak menangis kerana aku tak sangka yang zakwan tu rupa-rupanya cantik luaran sahaja, dalaman hancur...sanggup dia berkata seperti itu..

"hei!! kau pun sama juga lah, dalam banyak-banyak tangga kenapa tangga ini juga yang kau nak naik, dah lah tidak membantu, siap mengata pula tu.. " balasku dengan nada yang tinggi walaupun hatiku sedih.

" dah tepi..aku nak balik!! " dengan selamba aku menolak zakwan ketepi dan berlalu pergi dengan hati yang kecewa.

semasa dalam perjalanan pulang ke hostel, hatiku menjadi runsing dan kata-kata zakwan terngiang-ngiang di telingaku, aku tak sangka perangainya sebegitu..ahh..cuma tuhan saja yang tahu apa yang aku rasakan ketika itu, benci..marah..bengang..semua ada..

*************************

ahhhh....!!!!!! aku benci kau zakwan..orang yang aku sanjung selama ini, rupanya buruk perangai..kalau lah aku tahu dri dulu lagi, tak mungkin aku simpan perasaan kat kau..ARGH!!!!!

"hoi?! kena sampuk ke?? tiba-tiba jerit sorang-sorang ni?? tegur sue yang pelik melihat kelakuanku..

"tak ada apa-apa lah, aku stress je..kau anggap je tak ada apa-apa yang berlaku ye.."

"aish, entah apa-apa lah kau nih ana..dah lah tu, baik kau pergi ambil wuduk lepas tu tidur.." kata sue seakan-akan memujuk aku.

hari-hari berlalu dengan begitu pantas, sehinggalah aku sedar yang final tinggal beberapa minggu saja lagi nak final dan semestinya cuti sem yang aku tunggu-tunggu kan..hahaha..
dan sepanjang hari-hari yang berlalu, aku sentiasa saja terserempak dengan zakwan, namun hati ini tidak rasa terharu mahupun suka..malah makin benci dan setiap kali itulah kata-kata yang diungkapkan zakwan terngiang-ngiang di telingaku. sttiap kali berselisih aku akan memandang kearah lain seolah-olah tidak pernah mengenali dirinya. itulah yang mampu aku lakukan supaya hati ini tidak menaruh harapan yang akhirnya mengecewakan.

seperti pelajar-pelajar lain juga, aku semakin kerap ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran sehinggalah hari peperiksaan tiba.. tetapi satu hari tu, zakwan tiba-tiba menghampiri meja aku ketika aku sedang khusyuk menelaah pelajaran, dalam keadaan hairan aku hanya menatap mukanya dengan penuh tanda tanya.

"assalammualaikum.." tegur zakwan sambil menarik kerusi untuk duduk..

" waalaikumsalam.." balasku acuh tak acuh..

" err..awak.., " zakwan cuba menegur aku yang buat tak endah..tapi dah gila ke mamat ni?? 'awak' mimpi apa dia guna awak dengan aku, sebelum ni bukan main lagi..sabar ana, relax..be cool ok..

" kau ni nak apa sebenarnya?? tiba-tiba ja datang jumpa aku? nak uji mata aku ni nampak bayang-bayang kau ke?? aku nampak kau lah..dah lah..pergi lah balik tempat kau..aku nak belajar ni, nanti tak pasal-pasal pula hilang mood aku." kataku dengan selamba..

"sampainya hati awak cakap macam tu, tujuan saya datang sini sebab... sebab...

belum sempat zakwan habiskan kata-katanya..aku menyampuk" sebab pe???"

" sebab saya nak kawan dengan awak, sudi tak awak jadi kawan saya?? balas zakwan walaupun sedikit terketar-ketar

owh..nak kawan dengan saya ye? eh, aku ye..ermm..ape hal dengan kau nih??? demam ke?? kena sampuk ke??

"ish awak ni, saya serius nak berkawan dengan awak la.. awak main-main pula..tak apa lah kalau awak tak sudi, saya tak kisah.." balas zakwan dengan nada sedih..

"ok lah..aku tak kesah pun kawan dengan siapa-siapa..kau nak kawandengan aku kan?? kawan je lah.." balasku bersahaja..

"ok thanks ana sebab awak sudi jadi kawan saya, esok kita study sama-sama ya..kat sini ok.."

" eh, kejap..macam mana tahu nama aku??"

" tu dekat buku awak terpampang nama awak.hehe.."sambil memuncungkan bibirnya menunjunk ke arah buku aku..oh..ye ke..erm..ok..tapi saya tak janji lah sebab takut ada hal lain pula..

" ok no problems. saya tunggu awak" balas zakwan sebelum pergi dari tempat aku..

ahh, gasak lah kau zakwan..ape nak jadi..jadi lah..

************************
" hai cik ana..makin hari aku tengok muka kau makin berseri-seri, kenapa ye?? hatimu telah dicuri seseorang ke?? hehe..." tegur sue sewaktu aku sedang berangan sendirian

"ish, tak adalah, saja ja nak happy sebelom final nih, tak nak tension-tension kan..hehe.." tu je aku mampu balas..

persahabatan aku dan zakwan sama sekali tak pernak ceritakan kepada sue walaupun dia roomate aku..tapi lambat atau cepat sue mesti akan tahu juga, jadi biarlah sue tahu sendiri kerana aku malu nak ceritakan semua ni. aku masih ingat dulu aku sering buat-buat anti dengan mamat yang bergelar zakwan, tapi itu semua cerita dulu, masa berlalu dan segalanya telah berubah. akhirnya sekarang aku dan zakwan telah menjadi kawan karib walaupun perkenalan antara kami singkat, dan aku pula telah mula menukar gelaran diri "aku" kepada ana, maka makin mesra lah persahabatan kami..hehe..

2 hari sebelum final, aku berjumpa dengan zakwan di kafe..sedang masing-masing senyap tidak mahu mulakan perbualan..

"ana rasa lepas ni kita study sendiri saja lah, mungkin lepas ni saya tak pegi ke perpustakaan lagi...." belum sempat aku habiskan ayat zakwan memotong percakapan aku

"kenapa pula??ana dah tak nak study dengan saya ke?" kata zakwan dengan nada sayu

" eh, tak ada lah,ana cuma nak rehatkan otak sebelum hari exam supaya tak ada lah mampat sangat otak ni waktu exam nanti.." balasku

"oh, macam tu ke...erm..tak apalah..tapi bila lagi kita nak jumpa lepas ni?? "

"alahai, bila-bila masa ja kita boleh jumpa..kita kan satu kampus, jadi tak ada masalah untuk kita berjumpa..."

"eh?! asal lain macam je ni?"

"tak ada apa-apa lah ana, saya cuma sedih lepas ni adakah saya masih dapat bergurau senda, belajar bersama-sama dengan ana lagi.."

"aku terdiam seketika..dan aku dapat merasakan perasaan yang aneh pada zakwan..oh..tidak jangan lah KAU belenggukan aku dengan perasaan seperti ini YA ALLAH..."

*************************
yeah, alhmdulilah final telah pun tamat dan saat-saat yang aku nanti-nantikan..aku ingin pulang bertemu keluarga tercintaku..ahahaha..macam-macam plan yang bermain di kepalaku..aku ingin menghabiskan masa dengan membaca novel, keluar bersama teman-teman sekolah, menziarahi saudara-saudaraku, bercuti dengan keluarga..wah, sangat syok dan membuatkan aku ingin pulang segera...

sedang aku khayal sambil melipat kain baju ke dalam beg..tiba-tiba,

" tut..tut...bunyi mesej dari telefon bimbitku..."

" ku buka inbox dan dapat mesej dari zakwan.."

"ana, esok saya nak jumpa awak di tempat biasa, pukul 10 pagi.."

aih, apa lagi yang si zakwan ni nak ye..orang sibuk-sibuk nak balik, dia pula sempat nak berjumpa-jumpa pula..tapi tak apalah..buat kali terakhir untuk sem ini...haha...gelakku seorang diri.

esoknya zakwan dah menunggu aku seperti yang dijanjikan..

"assalammualaikum, lama dah ke sampai??"

" tak ada lah..baru juga... duduklah..."

" erm..ada apa awak nak jumpa ni?"

"bila awak balik?"

"petang ni" aik?? tak kan ni yang dia nak tanya kut???

"awak pula?"

" saya balik esok"

masing-masing membisukan diri..aduhai takkan lah nak berjumpa aku semata-mata nak tanya aku pulang bila?? macam lah tak boleh mesej ja..

" ana... saya ada sesuatu yang nak bagitahu awak ni.."

" erm..ape dia??"

" erm...sudikah ana jadi teman istimewa zakwan??"

oh no!! am i dreaming.??? cepat-cepat tampar aku....

" errr..sudi tak ana??.." soal zakwan bagi menginginkan kepastian

aku diam seribu bahasa..hati ini berdegup dengan kencang sekali..ya! memang ini yang aku inginkan selama ini tapi malu nak mengaku..apa yang harus aku jawab ni..takkan nak memberi kata putus hari ini dan saat ini juga...

" ana tak sudi ya...zakwan serius dan ikhlas ingin ana menjadi teman istimewa zakwan..."

aku memandang muka nya dengan penuh harapan dan tersenyum sipu..lalu aku bangun dan memberitahu zakwan...

" ana akan bagi jawapan setelah ana pulang ke rumah..."

lalu aku berlalu pergi dari situ dengan hati yang gembira..dan semestinya aku akan memberikan jawapan YA kepadanya...